Pages

Sunday, April 3, 2016

Karangan - Pengalaman Merentas Desa

Pada 15 Mac 2016, sekolah saya telah mengadakan acara merentas desa. Semua murid dikehendaki menyertai acara tersebut. Saya dan kawan baik saya,turut menyertai acara tersebut.


Saya tiba disekolah pada pukul 7.35 pagi. Acara merentas desa ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Sebelum memulakan acara tersebut, semua pelajar diarahkan berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan arahan daripada guru. 

Selepas itu, kami diarahkan untuk berbaris di padang sekolah mengikut kelas. Acara dimulakan dengan murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Apabila wisel ditiupkan, saya terus berlari dengan pantasnya. Apabila tiba di pertengahan jalan , saya mula berasa penat dan ingin berhenti tetapi saya meneruskan juga larian saya sehingga ke garisan penamat.


Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Cikgu memberitahu bahawa 10 orang peserta yang tiba awal sahaja akan menerima hadiah. Cikgu mengumumkan nama saya. Saya berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara merentas desa ini. 

Saya berasa sangat gembira walaupun tidak berjaya menjadi  johan. Manakala, kawan baik saya, tidak berjaya dalam petandingan merentas desa. Saya berkongsi kegembiraan bersama-sama. 

Apabila tiba di rumah pula, saya menunjukkan hadiah yang dimenangi kepada ibu. Ibu turut gembira dengan kejayaan saya ini.

Karangan - Ibu yang Saya Sayangi


Setiap orang mempunyai orang yang paling disayangi. Begitu juga dengan saya. Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya
           Nama ibu saya ialah Mastura Binti Abu. Beliau berkulit cerah dan rambutnya panjang. Ibu saya merupakan insan paling istimewa dalam hidup saya. Pekerjaan ibu saya ialah seorang doktor di sebuah hospital yang terkenal. Walaupun sibuk berkerja, ibu sya bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
           Ibu saya memiliki ciri-ciri keibuan serta lemah-lembut. Beliau begitu bertanggungjawab dan mementingkan disiplin. Beliau amat mengambil berat tentang pelajaran saya. Beliau sentiasa memastikan saya menyiapkan kerja sekolah setiap hari. Apabila saya menghadapi kesusaha, Beliau akan memberi tunjuk ajar dengan sabar dan teliti.
          Ibu saya seorang yang sabar. Beliau sentiasa sabar melayan kerenah saya. Selain itu, beliau juga sentiasa bersedia untuk mendengar masalah saya. Hubungan antara saya dan ibu sangat rapat bagaikan isi dengan kuku. Hal ini kerana hobi saya dan ibu adalah sama. Kami sering meluangkan masa bersama-sama dengan melakukan hobi kami iaitu berenang di kolam renang.
          Ibu juga seorang yang penyayang. Beliau menjaga saya denagn baik bagai menatang minyak yang penuh. Jika saya membuat kesilapan, beliau akan menegur saya dengan lembut. Beliau tidak pernah melepaskan kemarahan terhadap saya. Jasa ibu kepada saya bagai lautan yang luas.
          Saya amat menghargai jasa ibu terhadap saya. Saya bersyukur dapat menjadi anak beliau. Saya berharap ibu saya akan sentiasa sihat sejahtera dah dipanjangkan umur. Saya berjanji akan berada di sisi ibu hingga akhir hayat hidup saya.